Wanita dibelasah pengemis selepas beri sedekah – Terbakor

 

Wanita dibelasah pengemis selepas beri sedekah 

 

Niat baik seorang wanita yang menderma 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah bertukar tragedi apabila dia dijerut leher dan ditumbuk di muka sehingga pengsan. Bukan sahaja itu, telefon bimbit dan wang tunainya turut disamun pengemis terbabit. Kejadian berlaku kira kira jam 12.30 tengah malam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah.

 

p/s : Alert kepada orang ramai, jangan cepat percaya kepada pengemis yang berkeliaran. Banyak yang menyamar. Sehinggakan ada yang lebih kaya dari kita sebenarnya. Terutamanya pengemis warga asing. 

 

Wanita dibelasah pengemis bertongkat

 Wanita dibelasah pengemis selepas beri sedekah - Terbakor

Pengemis belasah wanita

Niat murni seorang wanita memberi sedekah 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah mengundang padah apabila lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan oleh pengemis terbabit sebelum wang tunai dan telefon bimbitnya dicuri.

Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.

Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah.

 Sumber : Harian Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Jack Sparrow June 26, 2012
  2. nashr June 26, 2012

Leave a Reply