Gambar Kajol kini berubah, disinari cahaya iman – Terbakor

 

Gambar Kajol kini berubah, disinari cahaya iman 

 

Penyanyi mak nyah terkenal dari Kelantan yang dikenali sebagai Kajol atau sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 26 tampil di mahkamah dengan penampilan seorang lelaki. Sebelum ini, dia djatuhkan hukuman penjara atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan. Dalam prosiding semalam, mahkamah menerima rayuan  terhadap hukuman berkenaan dan hakim dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun dengan syarat Kajol berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama. 

p/s : Alhamdulillah

 

Penyanyi mak nyah Kelantan, Kajol kini berubah

 Gambar Kajol kini berubah, disinari cahaya iman - Terbakor

Gambar Kajol kini berubah, disinari cahaya iman - Terbakor

Kajol kini berubah penampilan kepada lelaki sejati

Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.

 

Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.

 

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.

Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.

Sumber : Harian Metro 

 

Loading...

Leave a Reply