Persahabatan: Harimau Muda tunduk Qatar 2-0
Pasukan negara Harimau Muda menundukkan pasukan bawah 22 tahun Qatar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Shah Alam17 Jun 2012. Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda, Mohd Irfan Fazail melalui sepakan percuma menewaskan penjaga gol Qatar, Muhannad Naim Hussein pada minit ke-25.
Harimau Muda vs Qatar 17 Jun 2012

Harimau Muda tewaskan Qatar
Pada awal babak pertama, Harimau Muda mengawal tempo permainan dengan baik dan melancarkan beberapa serangan ke gawang pasukan Qatar.
Malaysia gagal memanfaatkan peluang keemasan apabila Thamil Arasu gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol sudah terbuka namun bola dikeluarkan oleh pertahanan Qatar pada minit ke-14.
Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda, Mohd Irfan Fazail melalui sepakan percuma menewaskan penjaga gol Qatar, Muhannad Naim Hussein pada minit ke-25.
Insiden pergaduhan berlaku apabila bintang sensasi, Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang selepas dia gagal mengawal perasaan apabila pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla mengasari Mohd Azrif Nasrulhaq. Abdelkarim juga dilayangkan kad merah lima minit sebelum waktu rehat.
Bersambung di babak kedua perlawanan Harimau Muda berjaya menambah satu lagi gol melalui Md Rozaimi Abd Rahman dengan merembat kencang bola selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Qatar.
Skuad kebangsaan dilihat mendominasi sepanjang separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 orang pemain menampilkan corak permainan agresif dan pantas, sambil pasukan Qatar gagal memberi sebarang ancaman kepada skuad Ong Kim Swee.
Ini merupakan pentas akhir buat Kim Swee untuk persiapan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi saingan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, yang membuka tirainya 21 Jun ini.

