“Wanita Kelantan belum faham erti sebenar aurat”, Nik Aziz – Terbakor

 

 “Wanita Kelantan belum faham erti sebenar aurat”, Nik Aziz

 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata punca kerajaan Kelantan bertindak melarang wanita di negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas adalah kerana mereka belum faham erti aurat sebenar. Beliau berkata, larangan itu dibuat ketika PAS baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Wanita Kelantan belum faham erti sebenar aurat", Nik Aziz - Terbakor

Wanita Kelantan belum faham aurat sebenar

“Waktu kita (PAS) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan. Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Baharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam PAS (sahaja). Itu aurat,” katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa dasar kerajaan PAS Kelantan yang berubah-ubah berhubung penyertaan wanita dalam Tilawah Al-Quran merugikan wanita Islam di negeri ini sejak lebih 20 tahun.

Tindakan kerajaan Kelantan itu dikritik kerana negeri ini banyak melahirkan juara qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk juara lapan kali peringkat antarabangsa Hajah Faridah Mat Saman.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menarik balik larangan itu dengan membenarkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran bermula tahun depan.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mempertahan pendiriannya berhubung penangguhan untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum diadakan pada musim haji.

Akhbar hari ini melaporkan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata pilihan raya. BERNAMA

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply