Gambar kelibat buaya Miri yang menakutkan – Terbakor

 

Gambar kelibat buaya Miri yang menakutkan

 

Penduduk Kampung Pujut Corner  di Miri Sarawak kini hidup dalam ketakutan setelah kemunculan dua ekor buaya tembaga di Sungai Adong sejak kelmarin. Walaupun setakat ini masih belum ada apa apa perkara buruk berlaku namun mereka tetap berjaga jaga kerana sungai itu kerap digunakan penduduk untuk aktiviti harian.

Gambar buaya tembaga Miri

Gambar kelibat buaya Miri yang menakutkan - Terbakor

Buaya tembaga Miri Sarawak

 Penduduk Kampung Pujut Corner di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong sejak kelmarin.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

“Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

“Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu,” katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.

 

Sumber :Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. eby says:

    bukan dari dulu miri ada buaya ker???

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site