
Gambar China akui paksa wanita mengandung 7 bulan gugur kandungan
Tindakan pihak kerajaan China yang memaksa wanita mengandung 7 bulan menggugurkan kandungan dikecam oleh serata dunia. Beberapa hari sebelum itu, gambar wanita tersebut, Feng Jianmei bersama janin di sebelahnya berlumuran darah telah tersebar di Internet. Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.
p/s : Kejam! Ingat senang nak mengandung, bersalin?
Feng Jianmei Force Abortion



China paksa wanita mengandung gugur kandungan
Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet.
Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.
Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.
Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.
Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.
Sumber berkata, Feng dan suaminya membantah pengguguran itu. – AFP
Sumber : Hmetro




