Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Akauntan W27 23 Jun 2012 – Terbakor

 

 Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Akauntan W27 23 Jun 2012

 

Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 23 Jun 2012 ini. Jadi kepada semua calon calon yang telah dipanggil untuk menjalani peperiksaan ini, kami ada satu panduan khas untuk membantu anda lulus periksa. Panduan lulus Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27 ini tidak langsung mengandungi soalan bocor yang menyalahi undang undang, tetapi ianya mengandungi contoh soalan dan jawapan berserta format lengkap peperiksaan. Ini ada sedikit maklumat tentang Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Gred W27

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 2012

Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Akauntan W27 23 Jun 2012 - Terbakor

Format Peperiksaan Penolong Akauntan W27 

SEKSYEN A 

PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING


Seksyen ini bertujuan menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mempunyai kelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN B 

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH


Calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

i) Kebolehan menggunakan logik

Calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kebolehan menginterpretasi data

Calon akan diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas Matematik dan perakaunan yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan logik.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Cara memiliki panduan lengkap ini : Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Akauntan W27 

 

Apa komen anda?
has says:

xbole bkak la web tu.. klau sy nak beli camne cara nye?

Terbakor says:

aik boleh je buka ni. awak buka pakai phone ke pc ye? try buka pakai pc atau lappy.. kene tunggu lama sedikit sebab tengah loading.. :D