Shah Rukh mahu beli kelab bola sepak – Terbakor

 

Shah Rukh mahu beli kelab bola sepak 

 

Sebelum ini, aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan telah membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders. Kini terdapat desas desus yang mengatakan dia ingin membeli kelab bola sepak tertua India pula. Beliau dikatakan sedang berkira kira untuk membelanjakan RM 17.4 juta untuk membeli 50 peratus saham kelab Dempo SC. 

Shah Rukh Khan beli kelab bola sepak

Shah Rukh mahu beli kelab bola sepak - Terbakor

Kelab bola sepak Shah Rukh Khan

AKTOR Shah Rukh Khan sebelum ini membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Namun kini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dia menyuarakan keinginannya untuk memiliki kelab bola sepak tertua di India, Dempo SC.

Menurut sumber yang disiarkan dalam NDTV, Shah Rukh berkira-kira untuk membelanjakan kira-kira Rs30 crore (RM17.4 juta) untuk membeli 50 peratus daripada saham pasukan itu.

“Jika pembelian itu terlaksana, kami berharap agar Salman Khan membeli pasukan United Sikkim pula. Jika ia benar-banar berlaku, pasti masa depan pasukan bola sepak di India akan bertambah cerah.” ujar sumber itu.

Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo menjelaskan bahawa pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan aktor filem Kuch-Kuch Hota Hai itu bagaimanapun beliau mengesahkan perbincangan sudah bermula.

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site