Bayi dibaling seterika oleh ayah ketika pergaduhan dengan ibu – Terbakor

 

 Bayi dibaling seterika oleh ayah ketika pergaduhan dengan ibu 

 

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan menjadi mangsa pertengkaran ibu bapanya apabila dia dibaling seterika. Seterika itu dibaling ayah bayi tersebut dalam pergaduhan ketika si ibu sedang menyeterika baju. Kejadian pada Rabu lalu itu menyebabkan bayi itu meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur serta mukanya bengkak. Menurut Harian Metro, dari kejadian itu tembelang si ibu dan ayah terbongkar apabila mereka sebenarnya hanya bersekedudukan dan tidak pernah berkahwin.

Bayi dibaling seterika

Bayi dibaling seterika oleh ayah ketika pergaduhan dengan ibu - Terbakor

Bapa baling seterika terkena anak

 

Ayah dan ibu bergaduh, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang menjadi mangsa apabila terkena seterika panas dibaling ayah ke arah ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Seri Kemendor, Jasin, dekat sini.

Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, insiden itu turut membongkar status ibu bapa mangsa yang tidak berkahwin, tapi bersekedudukan hingga memperoleh tiga anak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu, manakala ibunya berusia 26 tahun yang juga pengawal keselamatan menggosok baju.

“Berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa sebelum keadaan bertukar tegang. Bapa mangsa berusia 35 tahun yang juga penoreh getah merentap seterika digunakan pasangannya dan membaling ke arah wanita itu.

Loading...

Leave a Reply