Harga petrol RON97 turun 10 sen mulai 7 Jun 2012 – Terbakor

 

Harga petrol RON97 turun 10 sen mulai 7 Jun 2012 

 

Harga minyak petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 10 sen daripada RM 2.90 kepada RM 2.80 mulai esok, 7 Jun 2012. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun. Menurut Harian Metro, harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

RON97

Harga petrol RON97 turun 10 sen mulai 7 Jun 2012 - Terbakor

RON 97 turun 10 sen 7 Jun 2012

 

Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun. 

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. – Bernama 

Loading...

Leave a Reply