“Malaysia perlukan 100,000 amah”, S Subramaniam – Terbakor

 

“Malaysia perlukan 100,000 amah”, S Subramaniam¬†

 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata kira kira 100,00o amah lagi diperlukan bagi menampung permintaan majikan di negara ini. Katanya lagi, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah. Menurut Kosmo, pada masa ini Malaysia mempunyai kira kira 200,000 pembantu rumah asing. 150,000 daripadanya adalah amah warga Indonesia.

Malaysia perlukan 100,000 amah?

 

Amah di Malaysia

Kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia diperlukan bagi menampung permintaan majikan di negara ini selepas pembekuan khidmat mereka ditarik balik baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara jiran itu dan jumlah tersebut terus meningkat.

“Pada masa ini, kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 150,000 orang merupakan amah Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya negara-negara lain.

“Indonesia sedang melatih pembantu rumah mereka tetapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat di Taman Segamat Jaya di sini semalam.

Loading...

Leave a Reply