Dari anak tong sampah kepada pelakon dan pengusaha berjaya! – Terbakor

 

Dari anak tong sampah kepada pelakon dan pengusaha berjaya! 

 

“Daripada ‘anak tong sampah’ yang pernah dicaci dan dipandang hina, saya bersyukur kerana kini sudah memiliki perniagaan sendiri serta diberi peluang terbabit dalam lakonan,” kata Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, 23, di sini, semalam.

Itu cerita seorang anak ‘tong sampah’ yang hidup susah dulu dan kini sudah berjaya Alhamdulillah. Apa yang kita dapat daripada cerita ini? Yang miskin tidak semestinya akan miskin selamanya dan yang kaya tidak semestinya akan kaya selamanya. Kaya atau miskin semuanya rezeki Allah. Banyak yang suka menuding jari kepada orang miskin dengan mengatakan dia miskin kerana tidak berusaha. Jika kita berkata begitu maknanya kita sudah kufur nikmat. Allah menguji seseorang itu dengan kemiskinan untuk membuatkan seseorang itu lebih tabah. 

Jika seseorang itu kaya pula, tidak semestinya dia berusaha. Jadi janganlah kita bangga dengan kelebihan yang kita ada. Itu semua pinjaman Allah semata mata. Jangan pula mendabik dada dengan mengatakan “aku kaya sebab aku berusaha!”, kerana semua rezeki itu Allah yang kurniakan. Sekelip mata Allah boleh terbalikkan kedudukan kita. Gelaran dan pangkat tidak bererti bila kita dah dalam liang lahad nanti. Jadi jangan menghina kemiskinan. 

Memang benar kita patut mengubah taraf hidup kita. Tapi itu tak bermakna kita boleh mengutuk kedudukan orang sesuka hati. Lihat saja kes Muhammad Khairul Hafiz Abdullah ini, dia sebelum ini menderita, dicaci dan dihina tetapi sekarang Allah telah mengubah nasibnya. Yang penting kita perlu berusaha, berdoa, redha dan jangan takbur dengan kelebihan yang Allah bagi. 

Anak tong sampah jadi pelakon

Dari anak tong sampah kepada pelakon dan pengusaha berjaya! - Terbakor

Kisah hidup anak tong sampah

Khairul berkata, hampir 23 tahun dia menderita kerana memegang status anak terbuang, kehidupannya berubah selepas memperoleh kerakyatan negara ini dan kad pengenalan pada 1 April lalu.

“Selepas membaca kisah hidup saya yang terpapar di akhbar dan kejayaan memperoleh kad pengenalan, saya dirisik beberapa produser filem tempatan dengan menawarkan peluang untuk berlakon dalam filem pendek.

“Saya baru berlakon dalam satu filem pendek berkaitan kisah hidup saya dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro, ia ditayangkan di RTM pada Aidiladha lalu,” katanya.

Menurut Khairul, dia umpama bermimpi kerana tidak pernah terfikir untuk bergelar artis selain diberi peluang menjayakan beberapa projek bersama penggiat seni terkenal tanah air.

Katanya, pada peringkat awal, agak kekok untuk berlakon tetapi dengan sokongan dan kerjasama kru penerbitan, perasaan gentar hilang.

“Saya mungkin akan berlakon dalam cerekarama terbitan JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Sheila Rusly. Malah saya turut menggubah tiga lagu bersama penyanyi terkenal era 80-an, Ben Nathan,” katanya.

Mualaf berketurunan Cina yang memeluk Islam sejak tiga tahun lalu itu berkata, walaupun sibuk dengan lakonan, dia dan isteri yang dikahwini awal Januari lalu, gigih memajukan syarikat mereka, KhaiLynn 1Malaysia Sdn Bhd yang mengusahakan ternakan ikan keli dan membekal kambing serta lembu di Johor.

 “Cawangan kami di Putrajaya mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap, otak-otak, donat, popia dan kuih tradisional Melayu.

“Saya bersyukur kerana syarikat yang pada awalnya ditubuhkan dengan modal RM500 serta dalam keadaan serba kekurangan, mula berkembang,” katanya yang menggaji dua pekerja orang kurang upaya (OKU).

Khairul dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di sebuah pekan kecil di Mentakab, Pahang. Dia dipelihara keluarga angkat namun menjadi mangsa dera anggota keluarga terbabit termasuk disimbah air panas dan dibelasah.

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site