Gambar Tanda Salib pada logo Monster Energy

Gambar Tanda Salib pada logo Monster Energy

 

Monster Energy adalah fenomena baru dunia permotoran. Monster Energy adalah satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk yang dikeluarkan di Amerika Syarikat ini banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, atlet dan juga artis muzik Barat. Fenomena ini akhirnya banyak merebak ke Malaysia di mana pelbagai produk dikeluarkan dengan jenama Monster Energy seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan macam macam lagi.

Jadi isunya sekarang, ramailah anak muda Islam dan Melayu yang tergila gila kan barangan jenama Monster Energy. Tapi korang perasan tak, logo Monster Energy ada lambang salib? Tengok gambar kat bawah ni. Ada dibulatkan pada huruf O tu. Jelas sebenarnya lambang salib tu, kalau tak nampak jugak tak tau la :D Ada juga yang mengatakan maksud lambang tersebut ada kaitan dengan satanic. Tapi ramai jugak anak anak Islam Melayu yang mempertikaikan tentang tanda salib dan maksud logo ini. Kata mereka, tak apa pakai asalkan niat baik. 

Tapi soalan kami, kalau kita mengaku diri kita Islam, tergamak ke kita pakai barang barang yang ada tanda salib? Renungkan. :)

 

Logo Monster Energy

Gambar Tanda Salib pada logo Monster Energy

Apa komen anda?
Yusri says:

Itu salah isunya. Tetapi sebenarnya apa yang hendak disampaikan ialah tanda '111' itu bermaksud 'BEAST' atau dalam bahasa melayunya ialah 'BINATANG' (lebih tepat adalah 'JADIAN' atau 'SHAYTAAN').