Harian Metro bayar 100 tasah kepada kaum Penan tanda mohon maaf

 

Harian Metro bayar 100 tasah kepada kaum Penan tanda mohon maaf

 

Ekoran daripada penerbitan artikel mengenai perkahwinan songsang di antara adik beradik dan ibu bapa dari kaum Penan pada 13 Mei 2012 yang lalu, Harian Metro telah dikritik teruk oleh masyarakat Sarawak dan kaum Penan khusunya. Mereka juga menuntut agar Harian Metro menarik balik artikel itu dan meminta maaf. Selepas beberapa hari, Harian Metro telah meminta maaf dan menarik balik pengeluaran artikel berkenaan. Harian Metro juga membayar 100 tasah kepada kaum Penan.

100 tasah kepada kaum Penan

Harian Metro bayar 100 tasah kepada kaum Penan tanda mohon maaf

Harian Metro dan kaum Penan berdamai

Metro Ahad semalam, membayar denda 100 tasah sebagai hukuman di atas penerbitan artikel disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 13 Mei lalu yang menyinggung dan menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sarawak itu.

Denda mengikut Seksyen 40 dan 41 Adat Penan itu dibayar Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar kepada Presiden Persatuan Pembangunan Tipun Penan Sarawak (Petipun) merangkap Temenggung Kaum Penan, Datuk Hassan Sui.

Majlis membayar denda dilakukan di pejabat Hassan di sini, disaksikan Timbalannya, Ferdinand Riuh Lago, Timbalan Presiden II Petipun, Ising Kalang dan Setiausaha Petipun, Mareia Hassan.

Hassan berkata, pada mulanya pihaknya keberatan menerima permohonan maaf daripada Metro Ahad berhubung artikel yang disiarkan kerana ia memalukan masyarakat Penan.

Bagaimanapun katanya, atas usaha dan tindakan ikhlas Metro Ahad membuat permohonan maaf dengan menarik balik sepenuhnya penyataan yang terkandung dalam artikel itu sedikit sebanyak meredakan emosi masyarakat Penan.

“Kerosakan sudah berlaku dan mungkin berat untuk memaafkan perkara ini, tetapi sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, kami menerima permohonan maaf mereka.

“Justeru itu, Harian Metro perlu membuat bayaran tasah mengikut hukum adat istiadat Kaum Penan dengan ia diharap dapat menjernihkan keadaan serta memulihkan semula emosi masyarakat Penan yang sedih dan marah,” katanya.

Hassan berharap isu berkenaan menjadi pengajaran kepada pihak lain terutamanya media massa supaya tidak melaporkan hal menyentuh sensitiviti masyarakat Penan.

Sementara itu, Mustapa berkata, permohonan maaf dibuat berdasarkan keikhlasan dan inisiatif Metro Ahad selepas mengakui terdapat kesilapan menyiarkan artikel berkenaan.

Malah katanya, Metro Ahad sudah dua kali membuat permohonan maaf kepada masyarakat Sarawak khususnya kaum Penan selain mengambil inisiatif berjumpa dengan pemimpin kaum Penan.

“Kita juga bersetuju membayar denda sebagai hukuman mengikut Adat Penan sebagai meminta maaf dan tanda menghormati undang-undang dan adat istiadat Kaum Penan,” katanya.

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site