Ini ada sedikit maklumat untuk pengguna perkhidmatan tren KTMB. Terdapat gangguan bagi perkhidmatan ini pada esok (sabtu) dan ahad ini. Ikuti berita penuh dari Harian Metro dibawah:
Gangguan perkhidmatan tren KTMB esok dan Ahad

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah MelayuBerhad (KTMB) akan mengalami sedikit kelewatan esok dan Ahad berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek antara Simpang Batu ke Kepong (KM383.460-KM383.590) sepanjang laluan Putra-Segambut.
KTM Berhad dalam kenyataan hari ini, berkata kerja-kerja penyelenggaraan landasan telah dijadualkan dari 12.01 pagi hingga 10 pagi esok dan tempoh yang sama pada Ahad.
“Usaha akan dilakukan untuk mengurangkan kelewatan dalam perkhidmatan kereta api manakala kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.
Menurut KTMB kerja-kerja penyelenggaraan trek yang dijadualkan adalah penting sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk memberikan perkhidmatan kereta api yang selamat dan menepati masa kepada pengguna.
”Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan itu. – Bernama

