
“Saya tak akan bertanding dalam PRU 13″, tegas Wardina Safiyyah
Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot menegaskan dia tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) ini dan tidak akan mewakili mana mana parti politik tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dia juga menyatakan tidak akan bergiat aktif dalam kegiatan politik buat masa sekarang. Menurut Mynewshub, tumpuan Wardina kini adalah pada keluarga dan kerjayanya.
Wardina Safiyyah

Wardina tidak akan bertanding dalam PRU 13
Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot atau lebih dikenali sebagai Wardina Safiyyah nafi akan bertanding mewakili mana-mana parti politik termasuk dalam Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Menurutnya, bukan saja tidak bertanding, dia juga tidak bercadang untuk bergiat aktif dalam politik seperti mana yang digembar-gemburkan.
” Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.
” Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang,” tegasnya pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Beliau turut mengulas bahawa jangan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik hingga boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan serta rakan-rakan.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila beberapa peminatnya berkongsi artikel yang mengaitkan beliau dengan politik serta rasa kesal dengan penulis blog politik yang mengaitkan nama beliau secara semberono.
Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan yang ada beberapa pemimpin parti-parti politik yang mengajak beliau bergiat aktif dan bertanding pilihan raya.
Namun menurut Wardinah, buat masa ini beliau lebih mengfokuskan perhatiannya kepada keluarga dan kerjaya.
Pada masa yang sama, katanya, dia juga sedang sibuk melanjutkan pelajarannya.






