Penjenayah samun guna kereta peronda trafik ditembak mati

 

Penjenayah samun guna kereta peronda trafik ditembak mati

 

Seorang penjenayah bertindak berani mati apabila melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa. Penjenayah itu walau bagaimanapun ditembak mati dalam kejadian di  Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam. Menurut Kosmo, lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

 

Samun guna kereta peronda

Penjenayah samun guna kereta peronda trafik ditembak mati

Penjenayah ditembak mati polis

 

Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.

Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.

Dua anggota itu bagaimanapun dikejutkan dengan tindakan Hon Hing mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan tetapi tersasar.

Suspek kemudian sempat melarikan kereta peronda itu dan dikejar pula oleh sebuah lagi kereta peronda trafik yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Namun, suspek berjaya meninggalkan kenderaan itu di belakang dan berhenti di Kilometer 113.6 lebuh raya untuk menyamun dua lelaki yang turut menaiki sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, kedua-dua mangsa tidak dicederakan tetapi suspek telah meninggalkan kereta peronda itu dan melarikan pula kenderaan mereka.

Apa komen anda?