
Gambar Aishwarya Rai dikritik kerana sudah gemuk
Aishwarya Rai, bintang antarabangsa yang popular dari Bollywood serta sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badannya selepas lima bulan melahirkan anak. Bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan Aaradyha November hasil perkongsian perkahwinan bersama Abhishek Bachchan. Menurut Mstar, seorang peminat Rai berkata dia kecewa kerana akstress itu gagal menunaikan tanggungjawab untuk kelihatan cantik di hadapan peminatnya.
Gambar Aishwarya Rai gemuk

Aishwarya Rai dihentam kerana gemuk
Bintang utama Bollywood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.
Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.
Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan ‘tanggungjawab’ untuk kelihatan langsing demi peminatnya.
“Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik,” sumber tersebut dipetik sebagai berkata.
Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.
Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.
Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.






