Skuad Hoki Remaja Cipta Sejarah Julang Piala Remaja Asia 2012

Skuad Hoki Remaja Cipta Sejarah Julang Piala Remaja Asia 2012 Buat Kali Pertama

 

Tahniah buat Skuad Hoki Remaja Malaysia kerana berjaya menjulang Piala Remaja Asia buat julung-julung kalinya setelah menanti selama 20 tahun sejak tahun 1992. Skuad Remaja Hoki Malaysia berjaya mengalahkan pasukan pilihan iaitu Pakistan dengan 2 gol berbalas 1. Mempamerkan aksi yang cukup kental dan mendebarkan apabila berdepan dengan serangan bertali arus Pakistan sejak mendahului dengan 2 gol tetapi masih lagi dapat memenangi perlawanan walaupun Pakistan cuba mengejar dengan membalas 1 gol.

 

Ini merupakan sejarah buat skuad hoki negara secara keseluruhan dan juga satu petanda yang skuad hoki kita mampu menjadi kuasa hoki terbesar di asia mahupun di dunia. Sama-sama kita doakan skuad hoki kita agar dapat membawa berita gembira di Kejohanan Piala Dunia Remaja pada tahun depan. Insyaallah…

 

Ikuti petikan berita dari Sinar Harian

 Nak tahu teknik mudah buat Ratusan USD percuma dan dijamin bukan scam?? klik sini!  

Malaysia muncul juara Piala Remaja Asia

 

MALAYSIA menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia buat pertama kali apabila mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka malam ini.

Malaysia menjaringkan kedua-dua gol itu pada babak pertama perlawanan menerusi Faizal Saari pada minit kedua dan Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-17.

Gol tunggal Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Irfan pada minit ke-42. – Bernama

 

Video Malaysia 2-1 Pakistan dalam FINAL Hoki Piala Remaja Asia 2012

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site