Saiful Apek dan 50 selebriti bakal tuntut hak daripada David Teo dalam sidang media esok

 

Saiful Apek tuntut RM200,000 dari David Teo

 

Kontroversi bermula apabila David Teo telah mengumpamakan Allahyarham Bob Kuman sebagai peminta sedekah di program Melodi 2 minggu lepas. Kemudian, Saiful Apek mula meluahkan rasa tidak puas hatinya atas keterlanjuran kata David Teo lalu terdedahlah semuanya. Ahad ini, esok 12 Mei 2012, Saiful Apek akan menuntut RM200,000 bayaran yang tidak dilunaskan David Teo bersama 50 selebriti lain berserta bukti dan perjanjian yang ada.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

Sidang media kemuka bukti David Teo tak bayar

Saiful Apek dan 50 selebriti bakal tuntut hak daripada David Teo dalam sidang media esok

David Teo tak bayar pelakon

Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Apa sebenarnya yg terjadi ni… aiyooooo
    My recent post Kes Sakit Jiwa Pelajar Menjelang Exam Meningkat

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site