Ibu bapa rayu bantuan anak 18 bulan terlampau gemuk, 19 kg

 

 Ibu bapa rayu bantuan anak 18 bulan terlampau gemuk, 19 kg

 

Di Beijing, ibu bapa seorang bayi perempuan berusia 18 bulan merayu supaya doktor membantu bayi mereka itu kerana terlalu gemuk iaitu mempunyai berat kira kria 19 kg.  Cheng Lichao dan isteri, Feng Xiaochun membawa anak mereka, Dan Dan, 18 bulan, ke Hospital Kanak-Kanak Hunan, merayu bantuan selepas doktor lain gagal menjelaskan punca kegemukan kanak-kanak itu.

Menurut Harian Metro, ibu bapa bayi itu berkata, mereka tidak tahu bagaimana anaknya boleh menjadi begitu besar.

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

Bayi terlalu gemuk

Ibu bapa rayu bantuan anak 18 bulan terlampau gemuk, 19 kg

Rayu bantuan

 

Dengan berat 19 kilogram, kanak-kanak itu berat dua kali ganda untuk usia dan ketinggiannya, kata doktor.

Bagaimanapun, ibu bapanya berkata, mereka tidak tahu bagaimana Dan Dan boleh menjadi begitu besar.

Pasangan itu sudah mengunjungi beberapa hospital tetapi doktor tidak dapat memberi penjelasan.

Tidak jelas sama ada ia mungkin mempunyai alasan perubatan di sebalik saiznya.

Fen berkata, berat Dan Dan ketika dilahirkan adalah normal.

“Dia membesar dengan cepat selepas berusia sebulan. Ketika usianya setahun, beratnya mencecah 15 kilogram. Dia mempunyai selera makan yang besar. “Setiap kali makan dia boleh menghabiskan hampir satu mangkuk besar nasi dan minum banyak air.” Menurut Feng, Dan Dan masih tidak boleh berjalan, mungkin kerana beratnya.

“Di kalangan keluarga saya, tidak ada yang obese,” kata Feng. Pasangan itu juga mempunyai anak perempuan berusia lima tahun yang hanya 13 kilogram. – DM

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site