Produk Dr Rozmey kembali di pasaran 15 Mei 2012

 

Produk Dr Rozmey kembali di pasaran 15 Mei 2012

Datuk Dr Che Rozmey Che Din membuat kenyataan bahawa semua produk keluaran syarikatnya akan kembali di pasaran pada 15 Mei 2012 ini. Sebelum ini, pihaknya mengalami ketiadaan bekalan sejak hampir sebulan lalu kerana permintaan yang terlalu tinggi. Menurut Harian Metro, beliau berterima kasih kepada pengedarnya kerana sanggup menunggu disebabkan ketiadaan stok.

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

Produk Dr Rozmey habis dijual

dr rozmey

Produk habis kerana permintaan terlalu tinggi

 

Semua produk keluaran dR Rozmey Group (dRG), akan berada semula pasaran pada 15 Mei ini selepas ketiadaan bekalan sejak hampir sebulan lalu akibat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya yakin semua 11 produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Kopi Espresso xy, Gain 5, dR-Silky, Doc-K, dR101, dRQ10, dR-Hepar, dR8 dan dR-Betes kembali pulih pada tarikh berkenaan dan beliau berterima kasih kepada pengedarnya kerana sanggup menunggu disebabkan ketiadaan stok.

“Ketiadaan produk sepanjang sebulan ini disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna terhadap produk keluaran dRG Group yang luar biasa serta kenaikan bahan mentah utama semua produk dRG.

“Kami memperoleh bekalan bahan mentah daripada pembekal beroperasi di Amerika Syarikat dan benua Eropah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Darulaman, dekat sini, semalam.

Dr Che Rozmey berkata, masalah ketiadaan stok produknya juga tidak menyebabkan kenaikan harga baru setiap produk, malah semua harga masih dikekalkan iaitu harga ahli RM160 sekotak manakala bukan ahli RM210.

Loading...

Leave a Reply