Penyanyi dikir barat ditahan kerana dadah

 

Penyanyi dikir barat ditahan kerana dadah

 

 

Dalam serbuan jam 12 tengah malam di sebuah rumah di Pasir Mas, seorang penyanyi dikir barat moden wanita di negeri ini ditahan bersama empat lelaki termasuk suaminya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut Harian Metro, serbuan itu dijalankan hasil daripada aduan dari orang ramai.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

Penyanyi dikir barat wanita ditahan

Polis tahan penyanyi dikir barat Kelantan kerana dadah

Sumber memberitahu Harian Metro, serbuan dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika operasi membanteras kegiatan penagihan dan pengedaran dadah selepas menerima maklumat orang awam.

“Hasil serbuan, kami menemui sejumlah bahan terlarang dipercayai dadah. Turut ditemui dua kereta dipercayai dicuri. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan lima suspek itu, namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, lima suspek terbabit ditahan reman bermula semalam sehingga 12 Mei ini selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Pasir Mas, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik jam 9 pagi selepas menerima permohonan polis.

 

Loading...

Leave a Reply