Mangkuk porselin China ditemui bernilai RM250,000

 

Mangkuk porselin China ditemui bernilai RM250,000 

Sebuah mangkuk kuning yang ditemui dalam tin biskut di London dinilaikan sebanyak RM250,000. Mangkuk porselin kecil itu yang nampak seperti mangkuk emping jagung, disahkan oleh pakar sebagai peninggalan abad ke-18 dari China. Ia digunakan oleh seorang gundik MaharajaYongzheng. Menurut Harian Metro, mangkuk itu dibeli lama dulu oleh Mejar Leslie Marsham LVO, yang pernah berkhidmat di istana di raja dan bertanggungjawab terhadap kuda, di sebuah kedai antik.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

Mangkuk proselin China

 

Mangkuk porselin ditemui bernilai RM250,000

 

Marsham yang tinggal di kuarters yang turut menempatkan kandang kuda berhampiran Istana Hampton Court, barat daya London, tidak menyedari mengenai nilai mangkuk berkenaan dan menyimpannya di belakang almari.

Selepas menyedari satu mangkuk yang serupa dilelong dengan harga yang tinggi tahun lalu, dia membungkus mangkuk dalam simpanannya dengan kertas tisu dan meletakkannya dalam tin biskut. Pakar di Syarikat Lelong Dorchester di Dorset mengesahkan ia bahan sejarah dan bernilai tinggi. Mangkuk itu hanya setinggi 18 sentimeter dan 15 sentimeter lebar, dibuat ketika pemerintahan Maharaja Yongzheng antara 1723 dan 1735.

Mangkuk porselin yang dikeluarkan pada zaman itu dianggap oleh pakar sebagai yang terbaik.

Mangkuk berwana putih di bahagian dalam dan kuning di luar hanya dikhususkan oleh istana maharaja untuk digunakan oleh gundik peringkat atasan. – DM

 

 

Loading...

Leave a Reply