Hangat! Saiful Apek berang David Teo kata Bob Kuman peminta sedekah
Bukan niat kami untuk memperkatakan tentang Allahyarham Bob Kuman yang telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012 yang lepas. Tapi bagi kami, isu yang sangat panas ketika ini, Saiful Apek telah menghentam David Teo melalui Facebooknya atas kenyataan producer terkenal itu yang mengatakan arwah Bob Kuman meminta sedekah harus diperbetulkan. Kita pun tahu macam mana hubungan para artis dengan David Teo. Saiful Apek wajar marah kerana arwah Bob Kuman adalah sahabat baiknya. Dan nasib arwah juga tidak terbela dengan baik sehinggalah ajal menjemputnya. Mentang mentang lah arwah bukan artis popular.
Ini kenyataan David Teo dalam Melodi sekitar dua minggu lepas :
“… kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah … Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang … Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu minta sedekah, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah” – sumber dari Melodi.
Bagi kami, dari sudut lain pula, mungkin David Teo kurang faham erti sedekah. Jadi jika benar David Teo tidak berniat untuk menghina arwah Bob, David Teo harus menjelaskan perkara sebenarnya kepada media. Kami tak salahkan Apek, kawan baik dunia akhirat dia dihina, siapa tak marahkan? Isu ini harus diperbetulkan, untuk kebaikan arwah juga. Sedekahkan Al Fatihah. Semoga rohnya aman di sana.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
David Teo keluarkan kenyataan Bob Kuman meminta sedekah?





harap david teo tarik balik kenyataan dan buat penjelasan mengenai isu ni.
My recent post Belum ada jodoh
David Teo sangat kejam! kalau dia bersikap professsional, patutnya dia tak tak cakap mcmtu..
adoiyaii…
anyway Al-Fatihah buat Allahyarham Bob Kuman..