Debat PTPTN Khairy dan Rafizi bakal disiar secara langsung

 

 Debat PTPTN Khairy dan Rafizi bakal disiar secara langsung

 

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya sedang mengatur pelbagai persiapan bagi menjayakan program debat di antara dua pemimpin dari UMNO dan PKR itu. Katanya lagi, sebuah stesen TV sudah bersedia untuk membawakan program itu secara langsung supaya dapat ditonton rakyat.

Menurut Sinar, debat itu sepatutnya dijalankan 4 Mei 2012 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

 

Debat PTPTN Khairy Jamaluddin dan Rafizi

debat ptptn

Siaran langsung Debat PTPTN 

 

Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR.

“Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit,” katanya semalam.

Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja.

“Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda,” katanya.

 

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. kasim says:

    kalau debat2 pun takde tindakan susulan.. buang masa je…

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site