Sindiket Mat Bangla culik rakan senegara sendiri

Sindiket Mat Bangla culik rakan senegara sendiri tumpas

Polis mengenal pasti kewujudan sindiket penculikan yang dilakukan warga Bangladesh di negara ini. Modus operandinya, mereka akan menculik warga asing dari kalangan rakan senegara sendiri atau negara lain dan mengurung mereka lalu meminta wang tebusan. Mangsa yang terselamat berusia 19 tahun, warga Bangladesh dan datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan. Dia diperdaya anggota sindiket itu yang menawarkannya peluang pekerjaan.

Menurut Harian Metro, polis kini masih mencari saki baki anggota sindiket terbabit.

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

 

 

Perdaya rakan senegara sendiri

 

Sindiket culik warga asing tumpas

Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh mencari pekerjaan di negara ini tergendala apabila terpaksa mengharungi kesengsaraan selama lebih sebulan apabila dia bukan saja dikurung, dirantai, malah turut dipukul sekumpulan lelaki yang menculiknya pada 8 Mac lalu.

Mangsa berusia 19 tahun datang ke Malaysia mencari pekerjaan sekitar Mac lalu dan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dia didatangi suspek yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, mangsa bersetuju menerima tawaran suspek sebelum dibawa ke sebuah rumah kedai di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sebaik tiba di premis itu, suspek mengurung mangsa dan meminta mangsa menyerahkan RM15,000 jika ingin dibebaskan.

Katanya, mangsa yang tidak memiliki wang menghubungi bapa saudaranya di Tokyo, Jepun supaya memasukkan wang dikehendaki suspek ke dalam akaun mereka.

“Bagaimanapun, bapa saudara mangsa tidak berbuat demikian kerana tidak memiliki wang sebanyak itu menyebabkan mangsa terus dikurung. Namun, pada Selasa lalu, bapa saudara mangsa tiba ke Malaysia mencari anak saudaranya, tetapi gagal.

“Bimbangkan keselamatan anak saudaranya itu, lelaki itu membuat laporan polis kelmarin pada jam 11.20 pagi,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan, polis menahan 10 lelaki warga Bangladesh serta seorang wanita warga Indonesia dalam tiga siri tangkapan berasingan.

Mereka yang berusia 21 tahun dan 43 tahun ditahan di kawasan Mentari Court, Sungei Way, dekat Petaling Jaya dan rumah kedai di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Hasil tangkapan itu, polis menemui mangsa bersama dua lelaki warga Bangladesh dan dua lelaki warga Myanmar yang turut dikurung di dalam premis berkenaan.

Tun Hisan berkata, dalam modus operandinya, suspek akan menghampiri warga Bangladesh atau Myanmar yang masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan sebaik mangsa tiba.

Menurutnya, mangsa akan ditawarkan pekerjaan sebelum dibawa ke rumah kedai untuk dikurung dan hanya dilepaskan sekiranya membayar wang dikehendaki.

“Mangsa dikurung selagi suspek masih tidak memperoleh wang yang diinginkan selain dirantai dan dipukul menggunakan kayu hoki jika cuba melawan. “Polis turut merampas pasport milik suspek dan semua mereka bekerja sebagai buruh dan memiliki permit kerja yang sah,” katanya.

Katanya, polis kini berusaha mengesan saki-baki ahli sindiket dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dan sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.

Loading...

Leave a Reply