
Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya
Setelah lebih dua tahun bercinta, pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira kira pukul 9 malam semalam. Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Scha dan Awal berbulan madu di New York

Majlis resepsi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya 6 Mei 2012
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.
Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.






