Majlis pernikahan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari live Astro Ria 4 Mei 2012

 

Scha Al Yahya dan Awal Ashaari

 

Esok, 4 Mei 2012, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bakal dinikahkan di Pullman Putrajaya Lakeside. Majlis bakal berlangsung kira kira jam 7.45 malam. Tambah menarik, majlis pernikahan Scha Al Yahya dan Awal juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria. Majlis resepsi Awal dan Scha akan diadakan pada 6 Mei 2012 di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.  

Menurut Kosmo, Scha dan Awal memilih New York sebagai destinasi bulan madu mereka. 

 

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Scha dan Awal berbulan madu di New York

Majlis pernikahan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari live Astro Ria 4 Mei 2012

Majlis pernikahan LIVE di Astro Ria

Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.

Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah’s Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Loading...

Leave a Reply