
Roberto Mancini cabar pemain
Selepas menewaskan Manchester United, Roberto Mancini mencabar pemain Manchester City untuk menamatkan kempen dengan bergaya. Manchester City kini perlu mencipta dua lagi kemenangan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana. Kemenangan ke atas Manchester United awal pagi semalam telah melonjak kedudukan Manchester City ke tangga teratas liga.
Menurut Harian Metro, Mancini memberi amaran kepada anak buahnya supaya fokus dan tidak leka.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Amaran Roberto Mancini
Manchester City hampir juara
Roberto Mancini mencabar pemain Manchester City untuk menamatkan kempen dengan bergaya selepas menewaskan Manchester United dan kini perlu mencipta dua lagi kemenangan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana.
Kemenangan 1-0 ke atas United membenarkan City kembali merampas kedudukan teratas liga menerusi perbezaan gol dan enam mata daripada baki perlawanan di gelanggang Newcastle dan QPR di arena sendiri akan memberikan mereka peluang merangkul trofi liga buat kali pertama sejak 1968.
Bagaimanapun ketika penyokong City dan pemain meraikan kejayaan selepas perlawanan dianggap penentu kejuaraan itu di Eastlands semalam, Mancini masih tetap fokus dengan baki saingan.
“Ia belum berakhir,” kata Mancini sebagai amaran kepada anak buahnya selepas tandukan Vincent Kompany mengesahkan kemenangan bermakna itu. “Jika kami fikir saingan sudah berakhir, kami melakukan kesilapan.” “Penting untuk berada di tangga teratas tapi lebih penting kami mengekalkan kedudukan itu selepas 13 Mei ini.” Jika City menang baki dua perlawanan itu, United hanya boleh memintas musuh tradisi itu dengan melakar kemenangan besar ke atas Swansea dan Sunderland. City kini memiliki kelebihan 8 gol.
Sementara itu, pengurus United, Sir Alex Ferguson terbabit dengan perbalahan di tepi padang dengan Mancini hingga menyaksikan kedua-dua pengurus terpaksa ditenangkan pegawai perlawanan dan kelab kedua-dua pasukan.
Perbalahan itu berlaku selepas Ferguson tidak puas hati dengan kekasaran dilakukan pemain City, Nigel De Jong terhadap Danny Welbeck. Berikutan insiden itu, Welbeck meninggalkan Eastland dengan kaki yang berbalut.
“Dia berada di luar kawasan tepi padang untuk mempengaruhi pengadil, pegawai perlawanan keempat dan penjaga garisan,” kata Ferguson mengenai tindakan Mancini.“Ketika saya bangun dari tempat duduk selepas kekasaran De Jong ke atas Welbeck, dia sekali lagi di luar kawasan tepi padang. Dia tidak boleh berbuat demikian.
“Dia kerap membidas pengadil musim ini namun dia pastinya tidak akan membidas pengadil malam ini (semalam).” Sementara itu, legenda United, Gary Neville berkata, Ferguson kini berdepan ‘mimpi ngeri’ jika terlepas kejuaraan menerusi perbezaan gol.
“Saya tahu kerana saya berada dalam bilik persalinan selama 20 tahun, ia mimpi ngerinya,” kata Neville.
“Terlepas kejuaraan menerusi perbezaan gol adalah perkara yang sering dia katakan dalam setiap musim.
“Pada Januari, Februari, Mac dan tidak kira bulan apa, dia akan menyatakan, jika mendahului 1-0, 2-0, anda harus menjaringkan tiga atau empat gol.
“Anda tidak akan tahu sama ada perebutan kejuaraan akan dikira menerusi perbezaan gol. Ini adalah mimpi ngerinya.” – AFP
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 







