
Jutawan dibunuh anak sendiri
Seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40 ditemui mati dipercayai dibunuh anaknya sulungnya sendiri yang berusia 15 tahun. Remaja berkenaan menikam perut dan dada ayahnya dengan menggunakan dua pisau sehingga mati sebelum membuat laporan palsu kononnya rumah mereka di masuki perompak.
Menurut Harian Metro, punca jutawan itu dibunuh adalah kerana remaja terbabit berang dengan sikap mangsa yang suka memukul dan mendera ibunya.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Anak bunuh bapa kerana tak tahan lihat ibu didera
Anak bunuh ayah tipu konon rumah dirompak
Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.
Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.
“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 






kt area prumahn ak nie….