
Kes cerai Jimmy Shanley dan Suhaila
Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley telah ditawarkan hak penjagaan anak bersama daripada isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Kes penceraian mereka hangat diperkatakan sepanjang dari tempoh hujung tahun lepas hingga sekarang. Namun, Jimmy memberitahu dia ingin menjaga anaknya, Zahrah Shanley berusia 10 bulan secara sepenuhnya.
Menurut Harian Metro, Jimmy mahu menjaga anaknya dengan sepenuhnya kerana Suhaila adalah seorang ahli perniagaan yang sibuk.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Kes tuntutan hak penjagaan anak Jimmy Shanley

Jimmy mahu jaga anak sepenuhnya
Nursuhaila Eliani Suhaimy, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menawarkan hak penjagaan bersama anak mereka kepada selebriti itu dan bersedia untuk berbincang lanjut mengenai hal itu.
Tawaran itu dikemukakan Nursuhaila, 26, selaku plaintif melalui peguamnya, Sa’adiah Dindi di hadapan Hakim Mawardi Che Man di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Dalam prosiding itu, Jimmy, 32, atau nama sebenarnya, Jimmy Norjahan Salleh ketika ditanya Mawardi mengenai tawaran berkenaan berkata, beliau mahu menjaga anaknya, Zahrah Shanley berusia 10 bulan sepenuhnya.
“Ini kerana Nursuhaila adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang sentiasa sibuk. Isnin hingga Jumaat saya boleh menjaga Zahrah kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja,” katanya.
Terdahulu, peguam defendan, Mohd Noor Aizan Md Idrus berkata, pihaknya belum memutuskan apa-apa kerana hak jagaan bersama itu baru diberitahu pihaknya semalam, malah perlu dibincang secara teliti bersama Jimmy. “Kami belum bersetuju kerana ia baru diberitahu hari ini (semalam) dan ia dibincangkan bersama nanti. Kalau diikutkan plaintif mahu anaknya dijaga seminggu, manakala Jimmy seminggu.
“Bagaimanapun, persetujuan belum dibuat berkenaan hal itu dan ia masih boleh dirunding,” katanya.
Mawardi turut menasihatkan supaya tawaran hak penjagaan yang ditawarkan plaintif dapat dibincangkan dengan baik kerana anak adalah hasil perkongsian hidup bersama.“Tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) perlu diteliti lebih rasional oleh defendan kerana ia akan membabitkan aib Nursuhaila kerana anak sepatutnya tidak perlu mengetahui hal peribadi yang berlaku antara mereka sebelum ini jika dibicarakan nanti,” katanya.
Terdahulu, Jimmy yang hadir bagi mendengar perbicaraan kes tuntutan hadanah, tidak dapat diteruskan memandangkan pihak plaintif gagal memfailkan tuntutan mengikut tarikh yang dikeluarkan defendan pada 27 Februari lalu.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 






