Pathmanabhan ada niat mahu bunuh Sosilawati

 

Kes pembunuhan  Datuk Sosilawati Lawiya

Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya di akhir pendakwaan kes itu semalam berkata bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai niat bersama apabila membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan di Banting, dua tahun lalu. Katanya lagi, bekas peguam terbabit mempunyai motif jelas untuk membunuh mangsa apabila jutawan kosmetik itu bertemunya bagi mempercepatkan tarikh satu cek tertunda bernilai RM3 juta sedangkan suspek tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaunnya. 

Menurut Harian Metro, tiga lagi mangsa yang dibunuh bersama Sosilawati telah menjadi mangsa untuk menghapuskan bukti dan menutup mulut. 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Motif jelas bunuh Sosilawati

 N Pathmanabhan bunuh Sosilawati

 

“Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai niat bersama apabila membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan di Banting, dua tahun lalu,” kata Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya di akhir pendakwaan kes itu, semalam.

Ketika membacakan penghakiman bertulis selama satu setengah jam, beliau berkata, ada perancangan untuk membunuh Sosilawati dan tiga rakan apabila pekerja Pathmanabhan dilihat memunggah kayu di ladang milik tertuduh pertama itu. 

Katanya, Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati apabila jutawan kosmetik itu bertemunya bagi mempercepatkan tarikh satu cek tertunda bernilai RM3 juta. 

Sedangkan katanya, akaun bank milik Pathmanabhan menunjukkan dia tidak memiliki wang sebanyak itu.

 “Pada saya, ini adalah motif utama untuk membunuh Sosilawati. Tiga yang lain hanya berada di tempat dan pada masa yang salah. Jadi mereka juga terpaksa dibunuh bagi menutup mulut,” katanya yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Apa komen anda?