Rita Rudaini lepas geram, dakwa Aidil banyak menipu

 

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan masih belum bertemu titik nokhtah. Apa sebenarnya yang terjadi, cuma mereka berdua saja yang tau kebenarannya. Baru baru ini, Aidil Zafuan dikatakan telah memfailkan penceraian dan memaklumkan perkara itu kepada Rita melalui SMS pada hari jadi Rita. Kemudian, Aidil memberi kenyataan dia akan menyerahkan hak penjagaan anak kepada Rita.

Terbaru, menerusi BiPop dari Beautifulnara, Rita Rudaini meluahkan geramnya terhadap kenyataan Aidil baru baru ini. 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Rita dakwa Aidil menipu

Penceraian Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Apabila hati disiat-siat, tiada lagi kebaikan yang kita nampak. Gelora pelakon cantik, Rita Rudaini Mokhtar menghadapi krisis rumah tangga bersama suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bagaikan gelombang tsunami. Seorang kata begitu, seorang kata begini.

Tapi Rita bengang dengan kenyataan Aidil yang didakwanya banyak berbohong, banyak bermuka-muka. Rita juga sedih dengan kenyataan Aidil dalam sebuah program TV minggu lalu. Aidil kononnya tidak mahu mengaib dan memburukkan Rita.

“Apa maksud Aidil, buruk sangat tingkah laku saya sehingga memaksanya bertindak meninggalkan keluarga? Kalau Aidil nak tahu, saya lagi rasa aib dengan tindakannya meninggalkan saya dan anak-anak! Kami bagaikan tiada harga langsung buatnya”.

“Saya nak tanya Aidil, apa perkara yang mengaibkan sangat? Saya cabar Aidil dedahkan. Saya tidak takut, saya dan anak-anak adalah orang yang teraniaya.”

Hakikatnya, Aidil banyak menipu dalam kenyataan sama ada dalam program TV atau di dada akhbar dan majalah. Sudah-sudahlah menipu Aidil. Ingatlah, Tuhan tahu pembohongannya itu. Saya hairan mengenai Aidil. Dulu dia tidak pandai berbohong. Tapi, hari ini, saya lihat sisi lain pada diri Aidil. Percakapannya banyak menipu dan propa! Orang luar pun dapat menilai ketelusan hatinya.

“Konon terlalu merindui anak, siang malam teringatkan anak dan menafikan abaikan tanggungjawab, tapi sudah masuk lima bulan meninggalkan saya bersama Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Qaqa Arjuna, 1, berapa dihulurnya?”

Kalau SMS pun tanya anak but apa? Bukannya nak tanya susu anak masih ada ke, makanan anak cukup ke? Sejuk sikit hati saya kerana masih ada sifat tanggungjawab. Ini tidak, nafi abaikan tanggungjawab, tapi keperluan anak tidak pernah tanya pun. Itu yang dibilangnya masih waras?”

“Siapa pun boleh tanya anak buat apa, bukan kena duit pun. Saya ingat lagi kenyataan Aidil dalam program TV berkenaan, ‘tanya khabar anak, itupun sudah cukup’. Saya pegang kata-kata Aidil, cukuplah sekadar bertanya khabar. Selepas ini, jangan pula timbul cerita lain, nak ambil anak atau nak bawa mereka bermalam.

“Bagi saya, jika Aidil seorang lelaki gentleman dia akan melafazkan talak dalam rumah. Tapi apabila suami meninggalkan saya dan anak-anak begini, abai nafkah zahir dan batin, dia bukan lelaki sejati. Buruk baik, Aidil tidak sepatutnya meninggalkan rumah tangganya.”

“Saya reda dan boleh terima jika Aidil merasakan kami sudah tidak sehaluan dan mengajak saya ke pejabat agama tanpa dia meninggalkan rumah. Kalau talak di tangan saya, mungkin sudah seribukan sudah jatuh talak dengan perangai seumpama ini.”

“Nak bercerai biarlah secara elok, bukan lari seperti perompak. Kalau tiada anak, tidak mengapa, ini ada empat biji mata di rumah. Kasihanlah anak-anak saya!” kata Rita.

Es0k(hari ini)kes lafaz cerai Rita akan disebut di Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Kita tunggulah apa akan berlaku…

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Nuris says:

    Aidil tu, baru nak belajar matang, masih muda. RR sebagai yg lebih dewasa mesti faham keadaan. Masa nak kawin dulu, sepatutnya fikir dan mintak nasihat keluarga kedua belah pihak. Tapi..sabar lah semuanya telah di tetapkan – Qada' dan Qadar. Semuga semuanya berjalan lancar demi anak-anak. Kasihan mereka yg masih kecil. RR, jgn la buka mulut lagi. Diam itu lebih baik.

  2. ZED says:

    kenapa Rita xpikir masak2 seblm kawen…Aidil tu mmglh xmatang lg…tp Rita dh cukup matang sbb seblm ni dh penah brkawen…kenapa masa nk kawen xpikir baik n buruknya….sbb mase tu Aidil tgh glamer n tgh top sebagai pemain bola…jgn ckplh kawen mase tu sbb kasih syg…klau Aidil tu n*no body* tentu Rita xpandang….lain kali nak kawen kena dgn nawaitu yg betul…mgkn balasan ALLAH terhdp Aidil kerna menguris perasaan ibu sewaktu brkawen dulu…Rita kena ingat syurga Aidil dibwh kaki ibunya buat selama2nya…bkn dibwh tapak kaki Rita….MURKA IBU BERMAKNA MURKANYA ALLAH….

  3. idanak says:

    rita meemang gatai burit …dasar mak jan

  4. fast says:

    Allahumma.. muda atau tua, tanggungjawab itu tetap tanggungjawab..
    benda pun dah lepas.. masalah rmhtangga mereka pun dah selesai..
    manusia tu bersifat hamba, slalu pun khilaf.. semoga sahaja mereka berdua belajar dari khilaf masing2.. semoga ujian ini mentarbiyah hati, akhlak dalam mmbentuk peribadi mulia di masa akan datang.. aameen ya Rabb!
    ^_^

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site