Manchester City yakin menang Selasa ini

 

Manchester City yakin menang

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata yakin Manchester City mampu memenangi pertemuan derby dengan Manchester United pada awal pagi Selasa ini. Walaupun begitu, pasukannya juga masih berdepan kemungkinan terlepas gelaran Liga Perdana England itu kepada United.

Menurut Kosmo, pada aksi di Old Trafford sebelum ini, City telah membelasah United 6-1 dan Mancini yakin kemenangan besar itu akan berulang minggu ini.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Manchester City vs Manchester United 1 Mei 2012

Pertemuan Manchester City dan Manchester United 

City akan merampas takhta liga menerusi kelebihan perbezaan jaringan dengan baki dua lagi perlawanan seandainya menang di Stadium Etihad, Selasa nanti.

Namun, Mancini berkata City masih lagi berdepan laluan sukar selepas itu dan United akan terus menjadi pilihan untuk menjuarai liga tidak kira apa jua keputusan pada pertemuan Selasa ini.

“Mereka ada peluang lebih cerah berbanding kami kerana selepas aksi menentang United minggu ini, kami akan berhadapan Newcastle pula. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar sebelum menutup tirai menentang QPR,”kata Mancini.

“United pula akan menentang Swansea dan Sunderland. Saya fikir ia dua perlawanan mudah bagi mereka.

“Malah, kalau kami menang perlawanan (derby), mereka masih lagi menjadi pasukan pilihan,” katanya.

Mancini tidak berdepan krisis kecederaan pemainnya dan mungkin akan menurunkan penyerang bermasalahnya, Mario Balotelli yang baru selesai daripada menjalani penggantungan tiga perlawanan.

“Semua pemain boleh beraksi,” katanya.

“Saya ada dua hari untuk memutuskan siapa yang akan beraksi. Saya akan fikirkan sama ada untuk menurunkan Balotelli atau tidak.”

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site