
Tiga beradik didera ibu tiri
Atas alasan kenakalan, tiga beradik didera oleh ibu tiri dan ayah kandung mereka dengan menggunakan kayu hoki serta dibotakkan kepala. Berikutan dengan itu, adik beradik malang itu kini trauma atas perbuatan pasangan suami isteri yang berasal dari Singapura ini. Tiga beradik itu mula menjadi mangsa penderaan sejak bapa mereka bercerai dengan ibu kandung mereka.
Menurut Harian Metro, dalam tempoh didera itu juga mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu kandung mereka.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Penderaan kanak kanak
Didera selepas ayah berpisah dengan ibu
Sepasang suami isteri yang juga guru muzik tinggal di Gelang Patah di sini, sanggup memukul tiga anak mereka dengan kayu hoki selain membotakkan kepala dua anak perempuan kononnya akibat kenakalan tiga beradik berkenaan, sejak hampir dua tahun lalu.
Akibatnya, tiga beradik berusia 8, 10 dan 15 tahun itu bukan setakat cedera di beberapa bahagian badan, malah trauma dengan hukuman dikenakan bapa serta ibu berasal dari Singapura itu.
Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu menjadi mangsa bapa kandung berusia 40 tahun dan ibu tiri, 39, sejak hampir dua tahun iaitu selepas lelaki terbabit bercerai dengan isterinya.
Malah, dalam tempoh itu, tiga beradik itu mendakwa mereka tidak dibenarkan bertemu ibu kandung yang tinggal di daerah lain dalam negeri ini.
Perbuatan pasangan suami isteri terbabit terbongkar apabila anak sulung keluarga itu menceritakan kejadian menimpa mereka tiga beradik kepada guru sekolahnya yang kemudian membuat laporan polis.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 




