Tuduhan Nizar Jamaluddin berbaur hasutan – ATM

 

Nizar Jamaluddin dakwa ATM dan Najib dalam soal PRU 13 

Tuduhan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini disifatkan sebagai tidak berasas dan berbaur hasutan.

Menurut Kosmo, panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata tuduhan bersifat untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri dan ATM serta menjatuhkan kredibiliti.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

ATM nafi dakwaan Nizar Jamaluddin

Tuduhan berbaur hasutan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

 

Loading...

Leave a Reply