Gambar ngeri adik nekad rempuh 30 samseng untuk selamatkan abang

 

 Adik redah 30 samseng selamatkan abang dibelasah

Seorang lelaki nekad merempuh sekumpulan 30 orang samseng yang sedang membelasah abangnya dan memapah mangsa yang cedera parah akibat ditetak sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian. Pada mulanya dia terlihat satu pergaduhan berlaku dan cuba mahu meleraikan mereka.

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati pada jam 1 pagi Ahad lalu.

 

 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

 

Gambar ngeri 30 samseng belasah lelaki

Gadai nyawa demi abang

Lelaki cedera parah ditetak 30 samseng

Seorang lelaki nekad merempuh kepungan kira-kira 30 lelaki bagi menyelamatkan abangnya yang parah akibat dibelasah dan ditetak dengan parang oleh kumpulan lelaki itu dan terpaksa memapah abangnya sejauh lebih 20 meter untuk keluar dari tempat kejadian.

Kejadian berlaku depan sebuah premis perniagaan di Desa Melawati, di sini, pada jam 1 pagi Ahad lalu selepas abang lelaki itu parah diserang kumpulan lelaki terbabit.

Sumber berkata, sebelum itu mangsa berusia 40-an melihat berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan kira-kira 30 lelaki dan dia berniat ingin menyuraikan pertelingkahan terbabit kerana mengenali seorang daripada mereka yang terbabit dalam insiden itu.

“Bagaimanapun niat baiknya mengundang padah apabila mereka yang tidak berpuas hati menyerangnya, malah mengepung sebelum membelasah mangsa bertubi-tubi dengan parang.

“Mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan diri, namun gagal malah dia ditetak di tangan dan kepala bertubi-tubi,” katanya.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site