Ahli politik guna tangkal kuasa dan azimat menjelang PRU 13!

Ahli politik guna tangkal kuasa untuk menang pilihanraya

Akibat didorong nafsu dan keinginan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam politik, sebilangan ahli politik yang sebahagian besarnya terdiri dari golongan veteran dikesan menggunakan perkara khurafat seperti azimat, tangkal kuasa,wafak, cincin dan amalan mantera tertentu. Kerana itu juga, mereka sanggup berbelanja besar hanya untuk membeli barang barang khurafat terbabit.

Menurut Harian Metro, semakin ramai ahli politik menggadai akidah mereka terutama semasa bahang pilihanraya umum ke 13 Malaysia (PRU 13) semakin hampir ini. 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Ahli politik veteran guna tangkal menjelang PRU 13 

Amalan khurafat ahli politik

Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

Apa komen anda?