
Belajar bahasa Punjabi di sekolah
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah. Sekiranya dia dilaksanakan, ia akan membolehkan generasi muda Sikh menguasai bahasa ibunda sementara kaum lain dapat mempelajari bahasa Punjabi bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.
Menurut Kosmo, Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan majlis rumah terbuka Vaisakhi di Gudwara Sahib Sentul di sini semalam.
p/s : lepas ni mesti ramai bebudak sekolah pandai cakap Hindustan
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Kelebihan belajar Bahasa Punjabi di sekolah
Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekiranya dilaksanakan, ia akan membolehkan generasi muda Sikh menguasai bahasa ibunda sementara kaum lain dapat mempelajari bahasa Punjabi bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.
“Adalah penting bagi kita semua belajar mengenai orang lain di negara ini kerana ia akan menyatukan kita semua,” katanya ketika merasmikan majlis rumah terbuka Vaisakhi di Gudwara Sahib Sentul di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden Gudwara Sahib Sentul, Gurdiall Singh.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kegunaan Gudwara Sahib Sentul yang berusia 100 tahun untuk membaikpulih bangunan sedia ada, membina bangunan tambahan dan aktiviti komuniti Sikh di kawasan tersebut.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 







