Bapa mengamuk pijak anak berusia dua minggu hingga mati

 

Bapa pijak anak hingga mati

Seorang bayi berusia dua minggu yang tidak berdosa maut apabila dia dipijak bapanya sendiri. Bapa kejam itu pada mulanya berang apabila dia ditegur adik iparnya tentang perangainya yang mengabaikan keluarga serta selalu memukul anak bertindak mengamuk dan memijak bayi malang itu. Kemudian, si bapa menyerang pula adik iparnya dengan parang.

Menurut Harian Metro, adik ipar suspek yang berusia 32 tahun bagaimana pun bernasib baik apabila dia hanya cedera ringan di telinga dan kaki kirinya.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Bayi malang maut dipijak bapa

Bapa mengamuk pijak anak berusia dua minggu hingga mati

Bayi tanggung azab amukan bapa

Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang. 

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.

“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site