Isteri biarkan suami dan anak melarat
Simpati masyarakat tertumpah kepada nasib seorang suami yang menghidap angin ahmar dan uzur yang ditinggalkan merempat oleh isterinya bersama anak mereka di sebuah pondok usang. Isteri durjana itu tergamak membiarkan suami yang separuh lumpuh dan dua anak yang masih kecil terbiar tanpa jagaan. Namun, si isteri itu boleh pula balik sebulan sekali ke rumah semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Harian Metro, si suami dan anak anak itu bergantung kepada jiran tetangga untuk sesuap nasi.
p/s : Sedih..kenapa lah buat suami dia macam tu. Tak cium bau syurga tau.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Suami sakit dan anak melarat ditinggalkan isteri
Jiran tetangga bantu suami sakit ditinggalkan isteri
Suami yang separuh lumpuh dan dua anak masih kecil ditinggalkannya tanpa penjagaan, namun dia pulang ke rumah sebulan sekali semata-mata mengambil wang bantuan persekolahan anaknya sebanyak RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Begitu sikap seorang isteri durjana yang menyebabkan suaminya berusia lewat 50-an dan dua anak perempuan berusia sembilan dan 13 tahun hidup melarat serta bergantung kepada keprihatinan jiran untuk makan dan minum setiap hari.
Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim yang mendedahkan sikap isteri berusia 30-an itu berkata, kejadian itu berlarutan lebih setahun lalu, sebelum dikesan pihaknya, baru-baru ini.
Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati wanita terbabit membiarkan suaminya yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes terlantar di pondok usang bersama dua anak mereka.
Selepas menerima maklumat mengenai nasib tiga beranak itu yang tinggal di pondok yang hampir roboh di sebuah kampung di sini, Manayi berkunjung ke situ semalam untuk melihat nasib mereka sambil ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk.

