
Ranking bola sepak Malaysia 2012
Kedudukan skuad bola sepak kebangsaan Malaysia dalam peta bola sepak dunia jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari 2012 dengan berada pada kedudukan 156. Sebelum ini mengikut senarai mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), pada Januari 2012, Malaysia berada di tempat ke 148, pada bulan Februari di tempat ke 150 dan pada bulan Mac yang lepas berada di tempat ke 152.
Menurut Harian Metro, kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad kebangsaan.
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Kedudukan skuad bola sepak Malaysia jatuh merudum
Konflik FAM
KEDUDUKAN skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156.
Mengikut senarai mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) semalam, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.
Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan skuad kebangsaan.
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).
Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lalu.
Kemerosotan skuad senior negara itu mendapat reaksi Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berpendapat kekerapan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menguji pemain baru, selain mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super negeri sebagai tidak bersungguh untuk mempertahankan Piala AFF.Agak menghairankan apabila pendapat timbalan presiden FAM yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa skuad senior itu mendapat reaksi negatif Rajagobal dan naib presiden merangkap pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.
Annuar akhirnya disabitkan kesalahan di bawah Artikel 88 Statut FAM. Beliau digantung dua tahun enam bulan.
Jelasnya, ranking yang dikeluarkan Fifa itu harus menyedarkan Rajagobal dan Subhan di mana kedudukan Harimau Malaya sekarang.
Apa lagi selepas sekadar seri dengan Filipina dan tewas kepada India yang sukan nombor satunya adalah bola keranjang dan kriket.
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 





