Zed Zaidi tempelak peminat industri seni Malaysia suka banggakan artis luar

Kenapa kita suka banggakan artis luar? – Zed Zaidi

Zed Zaidi tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu dia mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular dalam ABPBH 2011 yang berlangsung Ahad lepas. Dia mendakwa sebenarnya tidak mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz tetapi cuma meluahkan rasa hati dan mahu menaikkan hak artis Malaysia.

Menurut Gua, dia tidak faham kenapa peminat industri seni Malaysia suka mengagungkan artis luar

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Zed Zaidi bukan pertikai kemenangan Aaron Aziz tapi mahu hak artis Malaysia

Zed Zaidi sedia dikritik

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Walaupun Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 sudah pun melabuhkan tirainya, Ahad lalu, namun ABPBH edisi ke-25 ini masih hangat diperkatakan. Selain persembahan serta kemenangan artis pada malam itu, turut mendapat perhatian ialah luahan hati Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang menjerumus kepada pertikaian Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011.

GUA sendiri telah menghubungi Timbalan Presiden Persatuan Seniman itu bagi mendapatkan penjelasannya mengenai isu tersebut. Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil dalam perbualan dengan GUA memberitahu bahawa kenyataannya di Twitter itu bersifat umum dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak.

“Zed cuma meluahkan perasaan yang terbuku di hati Zed sebagai rakyat Malaysia. Tidak terniat langsung untuk mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz kerana dia dah pun menang. Lagipun, tak dinafikan lakonan Aaron memang bagus dan peminat dia ramai.

“Cuma Zed terpanggil untuk bersuara atas tanggungjawab Zed sebagai Timbalan Presiden Seniman dan Ketua Biro Seniman Muda di mana  Zed bersuara apabila ada artis Malaysia yang bersuara pada Zed. Ini anugerah artis Malaysia jadi kenapa kita nak membanggakan artis luar. Jika nak, ciptalah satu anugerah untuk Artis Luar Popular.

“Sekali lagi Zed nak tegaskan, Zed tidak mempertikaikan kemenangan Aaron, tapi Zed mempertikaikan mana hak-hak artis Malaysia. Zed tak mahu artis kita dipinggirkan di negara sendiri. Bagi Zed, artis kita sendiri yang patut didahulukan. Zed tak kisah apa orang nak cakap sebab masalah artis bukan mereka tahu pun. Zed bersedia dikritik, walaupun pahit, terpaksa ditelan,”ujarnya mengakhiri perbualan.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

Loading...

Leave a Reply