Sampai bila bila pun dia tetap perempuan – ibu saudara Sri Wani Choo Abdullah

 

Kes jantina Sri Wani Choo Abdullah

Ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta membuat pengesahan bahawa Sri Wani Choo adalah seorang perempuan. Nama seorang pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, 37 menjadi hangat apabila suaminya, bekas dekan sebuah IPTA, Dr Bahrom Sanugi, 61 tahun mempertikaikan status jantinanya yang diragui sebagai lelaki dan membawa kes itu ke mahkamah. 

Menurut Sinar, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

Sri Wani Choo perempuan

Wani sah perempuan

Wani sah perempuan

Ibu saudara sahkan jantina Sri Wani Choo

Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepadaSinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

 

Loading...

Latest Comments

Leave a Reply