Bapa tertekan humban anak hyperaktif ke dinding, pukul isteri kerana lahirkan anak nakal

 

Bapa dera anak

Seorang bapa bertindak menghumban dua anaknya yang berusia 7 dan 9 tahun ke dinding seperti bola kerana tidak tahan dengan perangai mereka yang hyperaktif. Selepas dua anak malang itu dihantar ke pusat perlindungan Julai tahun lalu, si isteri pula menjadi mangsa pukulan kerana melahirkan anak hyperaktif.

Menurut Harian Metro, suspek pada mulanya disifatkan penyayang namun berubah sikap setelah ketagih meminum minuman keras.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Lelaki dera anak kerana hyperaktif

 

Dera anak, pukul isteri

Akibat tertekan dengan dua anaknya yang hiperaktif, seorang lelaki didakwa melepaskan geram dengan menghumban kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu umpama bola ke dinding sejak setahun lalu sebagai alasan mahu mendisiplinkan mereka.

Lebih mengecewakan, selepas dua kanak-kanak itu dihantar ke pusat perlindungan bermula pertengahan Januari lalu, lelaki berkenaan terus bertindak kejam dengan memukul isterinya dalam lebih 10 kejadian berasingan kerana melahirkan anak hiperaktif.

Mangsa keganasan rumah tangga, Vani, 32, berkata dia tidak sangka suaminya yang juga pemandu van dan bersikap penyayang sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu, bertukar agresif dipercayai akibat ketagihan minuman keras.

Menurutnya, sejak setahun lalu, dua anaknya termasuk anak perempuan sulung, Anita, 9, dan anak lelaki, Jaya, 7, menjadi mangsa suaminya yang kerap menghukum mereka dengan memukul dan membaling mereka ke dinding.

Katanya, lebih membimbangkan, akibat perbuatan itu, kedua-dua anaknya cedera di beberapa anggota badan termasuk di wajah sehingga Anita menerima jahitan di bawah dagu pada awal Januari lalu.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

Loading...

Leave a Reply