Zed Zaidi pertikai kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular dalam ABPBH 2011

 

 Zed Zaidi pertikai kemenangan Aaron Aziz

 

Ibarat rumah siap pahat masih berbunyi. Rupanya ramai pihak yang tidak senang dengan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 untuk tahun 2011 yang berlangsung semalam. Terima atau tidak, hakikatnya Aaron Aziz adalah hero malaya yang mempunyai jutaan peminat di seluruh Malaysia. Zed Zaidi meluahkan rasa tidak puas hatinya atas kemenangan Aaron Aziz hanya kerana alasan aktor itu orang Singapura. 

Menurut Media Hiburan, Zed Zaidi secara terang terangan mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz dalam ABPBH 2011 menerusi Twitternya. Pada kami, tindakan Timbalan Presiden Seniman itu langsung tidak professional.

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

 

Zed Zaidi tidak puas hati Aaron Aziz menang Bintang Paling Popular

Status kewarnegaraan Aaron Aziz jadi pertikaian

Rumah sudah siap, namun pahat masih berbunyi. Itulah yang berlaku kepada pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP2011) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi.

Paling mendapatkan tumpuan adalah luahan perasaan Zed Zaidi yang dikongsi melalui akaun Twitter miliknya yang berbunyi:

“AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakan artis luar merosakan industri seni!”

Timbalan Presiden Seniman ini nyata tidak teragak-agak meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kemenangan besar yang diraih oleh Aaron Aziz yang diketahui masih memegang kerakyatan negara Singapura.

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

Loading...

Leave a Reply