Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2011
Itu dia! Terjawab sudah teka teki siapa yang bakal merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2011. Tahniah kami ucapkan buat semua pemenang di malam anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 terutama kepada Aaron Aziz!
Persembahan pembukaan daripada Stacy, Alyah, Datuk Siti Nurhaliza, Watie Elite, Maria Farida, Lisdawati dan Fauzi Nawawi agak memberangsangkan sebagai pemanas kepada acara acara yang lain. Dari segi pengacara, memang tidak dinafikan penangan Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias memang sangat best.
Persembahan Aizat, Tam Spider dan Datuk M Nasir sangat menenangkan. Mereka menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Kemudian selepas penyampaian anugerah, giliran Datuk Sheila Majid membuat persembahan.
Persembahan yang ditunggu tunggu mungkin. Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani mengembalikan sketsa babak dari Filem Ombak Rindu di atas pentas ABPBH. Diikuti kemunculan Hafiz dan Adira menyanyikan lagu tema Ombak Rindu. Ramai orang ingat Aaron, Maya dan Lisa akan menyanyikan lagu itu, tapi nampaknya tidak. Baru ingat nak dengar suara Aaron macam mana.
Gabungan nyanyian lagu lagu duet pula. Pertama, persembahan nyanyian lagu Tan Sri P Ramle, Tunggu Sekejap dan Malam Bulan Dipagar Bintang oleh Dayang Nurfaizah dan Anuar Zain. Ingat tak beberapa tahun lepas mereka berdua pernah digosipkan bersama? :p Najwa Latif dan Black pula menyanyikan lagu Seiring dan Sejalan. Bob menyanyikan lagu Merisik Khabar dengan baik sekali. Shila Hamzah, menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Nirmala.
Persembahan nyanyian berikutnya : Keabadian Cinta oleh Azhar Bintang Idola, Menaruh Harapan oleh Jacklyn Victor, Lan dan Ziana Zain pula mempersembahkan duet lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu. Gabungan vokal Ziana dan Lan sangat epic!
Persembahan Gempak Dangdut mengambil tempat sebelum pengumuman anugerah Bintang Paling Popular 2011 oleh Shiha, One Nation Emcees. Ramlah Ram dan Mas Idayu.
Persembahan penutup dari Salma, Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search memang awesome!
Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya! 
Gambar-Gambar Menarik dan RARE! 
Tahniah Aaron Aziz!
Senarai penuh keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011
Bintang Paling Popular 2011
Aaron Aziz (as expected!)
Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
Yuna (jangan tarik balik anugerah ni nanti ye, hehe opsss)
Artis Baru Lelaki Popular
Johan As’ari (memang dijangkakan)
Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla (ini mengejutkan sebenarnya)
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz (menggamatkan suasana!)
Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz (ramai yang hairan, kenapa bukan Aaron Aziz?, menangis Fizz atas pentas, hehe)
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular
Johan Raja Lawak (memang layak walaupun ramai yang ramal Zizan)
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias (tahniah kak Didie!)
Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak (agak dramatik apabila Aznil Hj Nawawi tiba tiba ambil trofi di pentas dan menyerahkannya kepada Zizan)
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (as always)
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana
Artis Duo/Berkumpulan Popular
3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) (tahniah, memang dijangka)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Sheila Majid (Tahniah Datuk!)
Anugerah Seri Perak (khas untuk pemenang Bintang Paling Popular BH terdahulu)
Datuk Siti Nurhaliza
Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 


tahniah kepada empunya badan yang popular..
My recent post Lelaki Fotogenik cetus sensasi di internet