Bayi berusia sebulan maut tersedak susu berpunca ibu tertidur semasa susukan bayi

Bayi sebulan maut tersedak susu ibu

Seorang bayi berusia sebulan, Siti Zulaikha maut dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di Alor Gajah, Melaka. Difahamkan, punca kejadian adalah kerana ibu mangsa,  Noradila Mohd Nor, 20 yang masih dalam pantang terlelap semasa menyusukan bayinya itu. 

Menurut Harian Metro, ketika dia terjaga, dia melihat bayinya sudah kebiruan. Takziah kami ucapkan. 

Ibu terlelap semasa susukan bayi

Bayi berusia sebulan maut tersedak susu berpunca ibu tertidur semasa susukan bayi

Maut tersedak susu badan ibu

“Sejak semalam (kelmarin) Zulaikha asyik menangis seolah-olah tidak mahu berpisah dengan saya. Puas saya memujuknya kerana menyangka dia menangis kerana disuntik, rupanya dia hendak meninggalkan kami,” kata Noradila Mohd Nor, 20, ibu bayi malang, Siti Zulaikha, yang mati dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Difahamkan Noradila yang masih dalam pantang, terlelap ketika menyusukan bayinya yang baru berusia sebulan.

Apabila terjaga kira-kira jam 6 pagi, dia mendapati mulut Zulaikha berbuih manakala mukanya kebiruan.

Noradila kemudian menyentuh badan anak sulungnya itu yang disangka tidur tetapi tiada tindak balas sebelum memeriksa nadi.

Dia turut mengejutkan suaminya, Norman Bahran, 25.

 

Loading...

Leave a Reply