Rumah tangga Safee Sali bergolak, tarik balik permohonan kembali taat terhadap isteri

 

Konflik rumah tangga Safee Sali

Baru sahaja bulan lepas kiranya kita semuanya berbangga dengan pencapaian pemain bola sepak handalan dari Malaysia, Safee Sali berkenaan dengan kontraknya yang bernilai RM118,000 sebulan dengan Pelita Jaya. Selain gaji RM118,000 sebulan yang diterimanya, Saffee Sali yang telah menyambung kontrak bersama Pelita Jaya untuk dua tahun lagi itu memperoleh pelbagai insentif hebat yang lain.

Namun hari ini, ramai pihak terkejut apabila membaca di akhbar tentang kes pergolakan rumah tangga Safee Sali. Menurut Kosmo, Safee Sali telah menarik balik permohonan kembali taat terhadap isterinya, Sabrina Yusof dan bersetuju untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah. Sebelum ini, tiada satu pihak media pun dapat menghidu tentang masalah rumah tangga yang dihadapi Safee Sali

Apa apa pun, kami berharap agar Safee Sali dan isteri dapat berbaik semula dan menyelesaikan kes rumah tangga mereka dengan baik. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin. 

 Nak tahu teknik mudah buat dollar USD tanpa modal dan dijamin bukan scam?? Sini jawapannya!  

  Gambar-Gambar Menarik dan RARE!  

Safee Sali selesai kes rumah tangga luar mahkamah

Safee Sali tarik balik permohonan kembali taat terhadap isteri, setuju selesai masalah rumahtangga luar mahkamah

Safee Sali tuntut permohonan kembali taat terhadap isteri

 

Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya FC di Indonesia semalam menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini November tahun lalu.

Permohonan itu dikendalikan oleh peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zain.

Dalam permohonannya, Norrasyada memberitahu, anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah dan bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.

Atras kemudian membenarkan permohonan itu dan memutuskan agar kes itu ditutup.

Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding semalam dan dia dikatakan berada di Kuching, Sarawak.

 

  Kalau ada hantu datang ke rumahmu, siapa u nak panggil?? 

 

Loading...

Leave a Reply